Sunday, December 8, 2013

BAB 4 : SYARAT


Esoknya, di sekolah pada waktu rehat…..

                Seluruh langit kelam seolah-olah sedang bermuram durja. Seperti diriku yang berdebar menanti keputusan Mat Poyo itu. Awan kelabu menghampar bayangan pada sekitar rumput. Angin dingin bertiup laju, menggoncang pepohon mempelam di belakang sekolah ke kiri dan ke kanan.

Aku sedang  bersandar pada dinding di tempatku  memerhati ke luar tingkap sambil memandang horizon. Aku mula mengelamun. “Adakah dia sudah baca suratku itu? Adakah dia akan menerima permintaanku?” bisik hati kecilku. Aku mengeluh. Muhammad tidak ada di dalam kelas waktu itu. Dia sentiasa menghilang pada waktu rehat.  Entah mengapa aku berdebar. Degupan jantungku seolah-olah menginginkan jawapannya sekarang. Bunyi lonceng menghentikan lamunanku seketika.  Suara-suara yang bergema telah menghilangkan suasana sepi di Kelas PUB Alpha.

Namun keriuhan itu sementara. Kelas PUB Alpha kembali senyap sunyi setelah melihat kedatangan  Cikgu Goh  . Para Pelajar sedang tekun menulis pada buku latihan. Di papan hitam tertulis beberapa soalan Essay English  yang diberikan kepada kami. Cikgu Goh yang berusia sekitar tiga puluhan itu kembali duduk ke tempatnya sambil membuka kembali komputer ribanya.

Muhammad sedang mencatat sesuatu pada sehelai kertas kecil. Sesekali wajah kemuramannya menampakkan dirinya seolah-olah serius ketika menulis. Dia duduk di penghujung belakang kelas tanpa rakan semeja. Setelah selesai menulis, Muhammad mencuit pelajar lelaki yang duduk di hadapannya.

“Ada apa?” tanya Arif dengan nada berbisik.

Muhammad menjawab, juga dengan berbisik, “Tolong berikan nota ini kepada minah senget tu.” Muhammad menghulurkan nota kecil berlipat dua kepada Arif.

“Minah senget? Siapa pulak?” ujar Arif sambil mengerutkan dahinya.

“Oh! Lupa pulak aku. Maksud aku perempuan yang duduk di tepi tingkap di hujung sana.”

Mata Arif membuntang. “Maksud engkau Khadijah? Adakah engkau Gila? Bagaimana sekiranya Cikgu Goh dapat tahu?”.

“Jangan risau. Sekiranya aku ditangkap, biar aku yang tanggung,” balas Muhammad.

Arif menghela nafas pendek. “Yalah….” Arif mencapai nota dari tangan Muhammad. Kemudian, dia mencuit pelajar lelaki di hadapannya dan membisikkan sesuatu sambil menunding-nunding ke arah diriku.

Perlahan -lahan nota Muhammad bergerak seperti baton sehingga akhirnya ia tiba di tanganku. Aku membuka lipatan kertas itu dan membacanya sambil berkerut. Muhammad memerhatikan gerak-geriku dengan wajahnya yang tidak pernah cuba untuk senyum kepada diriku.

Assalammualaikum minah senget :P surat darimu telah aku terima dan baca. Pertama, aku terkejut dan tidak ku duga. Kedua, kau memang aneh. Ketiga otak kau memang senget.Pilihan jawapan kau dari A ke D semuanya SETUJU, bagaimana aku hendak buat keputusan??  Dan yang terakhir aku nyatakan syaratku setelah kita berjumpa nanti di belakang sekolah setelah tamat waktu  sekolah. Tapi itu bukan bermaksud aku menerima mentah-mentah permintaan engkau itu.. Dari Muhammad.

Setelah selesai membaca, aku menoleh ke arah Muhammad. Buat seketika, pandangan kami bertemu. Tanpa diduga. Aku melemparkan senyuman kepada Muhammad.

Sebelum 15 minit waktu lonceng tamat sekolah berbunyi. Cikgu Goh mengemas memasukkan komputer ribanya itu ke dalam bag. Beliau kemudiannya berdiri sambil berkata “Student, are you already done your work? If you finish, please pass up your book to class monitor.  Understand?”

“Understand Sir !” suara pelajar bergema..

Selepas tamat waktu sekolah, aku pantas keluar dari kelas menuju ke belakang sekolah. Aku memerhatikan sekeliling kawasan. Sesekali, leherku dipanjangkan, seolah-olah sedang mencari bayangan Muhammad.

“Pasti engkau sedang mencari Muhammad kan!” jerit zulaikha di gegendang telingaku.

Aku terkejut. Degupan jantungku yang sudah debar menunggu kehadiran Muhammad di situ semakin memuncak dengan jeritan Zulaikha yang muncul secara tiba-tiba di belakangku.  “Huh…engkau ni ! Buat terkejut aku sahaja..macam mana engkau tahu aku ada di sini?” ujar diriku yang tercungap-cungap sambil menarik nafas.

“Biasalah. Aku kan Zulaikha. Aku guna ilmu magic lah. Dalam bola magic aku tu dia beritahu aku engkau ada dekat sini. Hmm tapi mana Muhammad? Bukan dia cakap nak jumpa engkau dekat sini kah?” Jawab Zulaikha sambil tersenyum-senyum.

“Haha. Engkau ni tak habis-habis dengan magic engkau tu. Itu lah tengok cerita anime banyak-banyak lagi. Muh..Muhammad? eh mana engkau tahu aku nak jumpa dia dekat sini?”

“Aku nampak kau terburu-buru keluar kelas. So aku ikut lah kau senyap-senyap. Jadi betullah? Engkau tunggu Muhammad? Kau minat dekat mamat misterius tu kah?”

“Ohh…Hah? Minat? Mat Poyo tu? Memang tak lah. Aku ada urusan dengan dia. Personal. Engkau balik lah dulu. Nanti bila tiba masanya aku story dekat engkau ok?”

“ Ececeh..yelah tu..hmmm yalah..yalah..promise engkau akan beritahu aku ok. Jangan lama-lama sangat nanti kena tangkap basah dengan Mat Poyo tu baru engkau tahu. Baiklah. Jumpa esok”

Setelah beberapa minit berlalu, Muhammad terpacak di penjuru tiang di belakang sekolah. Aku yang penat menanti mula melangkah ke arahnya sambil berkata “Engkau pergi mana? Aku dah lama menunggu engkau di sini. Tak punctual betul engkau ni.”

Muhammad menoleh ke arahku. Jaraknya hanya kurang sedepa dariku. “Panctual? Ada aku cakap pukul berapa? Setahu aku, aku suruh engkau tunggu di belakang sekolah sahaja lepas waktu sekolah. Kau faham maksud ‘menunggu’ ?”  jawabnya dengan wajah yang serius seolah-olah tiada rasa bersalah.

“Hmm..yalah. So, apa syarat kau sebelum engkau terima permintaan aku tu?” ujar diriku.

Muhammad berjeda seketika sambil  bebola matanya memandang tepat ke arah diriku. Tapi kali ini dirinya tersenyum sinis. Suasana  dikuasai nyanyian unggas petang dan bunyi deruan angin yang berhembus damai. Aku menanti bicara Muhammad dengan penuh berdebar. Akhirnya Muhammad kembali bersuara.

“Aku suka pertanyaan engkau kali ini. Direct to the point tanpa banyak soal. Baiklah, syarat yang pertama  apa tujuan engkau suruh aku ajar bermain gitar? Kenapa engkau pilih aku? Kenapa tak orang lain sahaja? Syarat yang kedua, kau mesti ada basic sebelum aku ajar engkau main. Dan yang ketiga kau tidak boleh beritahu orang lain pasal hal ini. Tiga syarat ini akan menjadi penentu aku sama ada aku akan mengajar engkau ataupun tidak.”

“Ba..baiklah. Tiada masalah, aku setuju dengan syarat engkau itu. Dan alasan kenapa aku suruh engkau ajar aku, engkau akan tahu selepas aku berjaya kuasai basic main gitar. Dan kau harus penuhi janji engkau untuk ajar aku sekiranya aku lulus syarat engkau.” Balas diriku dengan nada yang serius ketika itu.
                                                                        
Pada malam itu, di dalam biliku,

                Aku duduk di mejanya sambil memandang ke luar jendela. Di atas meja terdapat komputer riba yang terpampang laman sesawang Youtube dan di atas lantai sekeliling meja, banyak gumpalan kertas yang tertulis chord lagu bertaburan seperti daun kering di jalan sunyi. Wajahku muram, manakala bibirku kerap menghela keluh-kesah.
                                Aku bangun dari kerusi dan menghempas tubuhnya di atas katil. Berkeriut katil besi bersaiz bujang itu sebaik menampung diriku. Aku terbaring terlentang dan merenung kipas yang berputar pantas. Bibirku mula berbicara, “Mungkin..aku perlu menyerah sahaja, sudah berkali aku cuba..tapi aku masih tidak dapat mendalaminya..”

                Suasana sepi seketika . Bunyi hayunan kipas berterusan menghambat lubang telingaku. Sesekali terdengar bunyi deruan enjin kenderaan yang menerobos menerusi jendela.

                Tiba-tiba wajah aku berubah. Keningku berkerut, manakala pandanganku tajam. Dengan penuh bersemangat, aku berkata  “Aku tidak boleh menyerah! Demi dia aku akan belajar bermain gitar! Berusaha !”

                Bagaikan harimau menyambar rusa, aku pantas bangun dari katil dan menyerbu gitar  acoustic yang berwarna coklat muda pemberian arwah kepadaku.  Entah mengapa  setiap kali aku melihat gitar itu, hatiku seolah-olah diselaputi kesakitan yang mendalam. Sudah berapa kali aku cuba untuk tidak mengingati peristiwa itu namun ada sesuatu yang mula membangkitkan semangat diriku dar dalam untuk terus mencuba bermain seperti dia.


No comments:

Post a Comment