Thursday, December 5, 2013

BAB 3 : MUHAMMAD YANG MISTERIUS


Pada  Keesokkan pagi….

15 minit lagi, lonceng pertama akan berbunyi. Para pelajar berpusu-pusu memasuki kawasan sekolah. Wajah mereka segar, manakala pakaian mereka bersih dan licin. Angin bertiup tenang memberikan  rasa nyaman. Sesekali bunyi kicauan burung mengulit telinga.

Muhammad berjalan ke arah pagar sekolah. Langkahnya tegap, dadanya membidang, manakala bibirnya tersenyum lebar. Beberapa pelajar berhampiran memandangnya dengah wajah berkerut.

Aku yang ketika itu sedang bergerak pantas masuk ke pintu masuk sekolah terpandang lelaki itu. Lelaki yang duduk di hujung penjuru di kelas ku itu. Seorang yang pendiam dan suka menyendiri seperti diriku di minggu pertama di sekolah ini. Namun senyumannya hari ini membuatkan diriku curiga. “Apa kenalah dengan budak ni, tak pernah-pernah senyum hari ini senyum bukan main lembar lagi..gila agaknyaa” bisik hati kecilku sambil memerhati gerak-geri langkahnya ketika masuk ke tapak perhimpunan.

                                               ~ Di Dalam Auditorium~

Cikgu Saleha, guru mata pelajaran Geografi, baru selesai menutup Slide Shownya mengenai pembelajaran beliau tentang “Ecosystem”.  Dia mengambil begnya dan berkata kepada para pelajar, “Baiklah, tamat kelas hari ini. Esok jangan lupa hantar latihan yang saya berikan tadi.”

“Baik, Cikgu !” jawab para pelajar.

Selepas ucapan selamat. Cikgu Saleha keluar dari kelas. Serta-merta suasana kelas betukar menjadi riuh-rendah. Muhammad bangun dari kerusi dan berjalan keluar kembali ke kelas. Begitu juga dengan pelajar yang lain.

Zulaikha menegur diriku. “Hei, Jah, bagaimana? Kau dah tegur belum?

Aku mencebik, “Aku dan dia masih tidak bertegur sapa hingga ke harini. Dia tu pendiam sangat. Wajahnya pula kejap muram. Kau tahu tak ika tadi pagi aku lihat dia tersenyum..hmm entah lah pelik betul dengan dia tu, kejap muram kejap tersenyum. Meremang bulu roma aku!”

“Awal-awal memang begitu. Lama-lama, pasti kamu berdua  akan berkawan baik. Wah ! bukan main lagi kau cakap kan, macam tu lah kau waktu masuk sekolah ni.. muka dah sama macam cekodok ! “ ujar Zulaikha sambil menyindir diriku. Sindirannya benar-benar mengingatkan aku kembali di saat aku mula berada di sekolah ini. Namun masa pantas mendewasakan aku.

“Tidak mungkinlah. Yang mungkin terjadi aku akan menjadi muram dan murung kalau aku berkawan dengan lelaki seperti dia. Aduhaiii…” jawabku sambil mengeluh panjang.

Muhammad  yang tadinya menghilang ke mana kembali semula ke kelas dan kembali ke mejanya. Serta-merta perbualan aku dan Zulaikha terhenti di situ. Zulaikha kembali memandang ke hadapan manakala aku merenung ke luar tingkap.

“Wah ! rupanya engkau lah yang buat cover Acoustic dalam Youtube tu ?” kedengaran suara seorang pelajar lelaki.

Aku menoleh. Memerhati ke arah Muhammad yang sedang dikelilingi oleh beberapa orang pelajar lelaki yang sedang menyoal-siasat dirinya. Muhammad yang terkejut kerana rahsianya telah terbongkar tiba-tiba menoleh ke arah diriku. Segera aku mengalihkan pandangan dan memandang kembali ke luar tingkap, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Semakin lama, semakin ramai pelajar mengerumuni Muhammad. Kali ini pelajar perempuan turut serta untuk mendengar berita panas itu. Aku hanya memerhatikan keadaan itu dengan ekor mata. Aku berbisik di dalam hati, “ Mamat skema tu pandai main Gitar Acoustic???? Takkan lah dia tu Mr…?” hmmm aku mengeluh.

Pada waktu rehat…..
                Aisyah, Aida, Rabiatul, Zulaikha dan aku baru selesai mengalas perut. Sambil memerhatikan gelagat pelajar lain, Aida menyuarakan isi hatinya “ Tidak sangka kan , Muhammad tu rupa-rupanya pandai bermain gitar siap ada cover lagi dalam Youtube, kalau tidak silap aku Youtube dia tu ramai orang yang view” ujar Aida dengan perasaan teruja mendengar khabar angin itu.

                “Aku tidak faham. Apa Yang bagusnya dengan budak yang pandai bermain gitar? Mengapa perlu heboh-heboh hal peribadinya? Mungkin Muhammad tidak suka situasi sebegitu.” Bisik hati aku kecilku yang masih tidak puas hati dengan lelaki misterius itu.

                “oi cik kak, kau mengelamun apa lagi, jom masuk kelas dah habis waktu rehat dah ni. Cepatlah sebelum kena denda dengan cikgu Mahani.”  Ujar Zulaikha dengan kuat menyedarkan  aku dari lamunan.

                Semasa waktu pembelajaran pengajian Am, aku tidak dapat berfikir seperti biasa. Entah mengapa di fikiranku berlengar-lengar memikirkan bagaimana untuk menutur bicara dengan lelaki Misterius bagiku itu. Entah mengapa aku seolah-olah terpanggil untuk cuba mendekati diri dia. Seolah-olah seperti tarikan magnet. “Arghhhh! Bencinya..cukup jangan fikir !” jeritku tanpa sedar. Semua pelajar yang khusyuk memberikan perhatian di hadapan tiba-tiba memandang ke arahku.

                “Khadijah ! Apa masalah kamu? Benci apa? Kamu jangan nak mengelamun dalam kelas saya. Sekali lagi kamu mengelamun saya halau kamu keluar dari kelas. Faham!” ujar Cikgu Mahani  dengan tegas.

                “Aaa…tidak ada apa-apa cikgu. Baik cikgu. Maafkan saya” jawab ku dengan ringkas. Penuh rasa malu ketika itu.

Selepas tamat waktu sekolah…..
                Para pelajar yang tinggal di luar berpusu-pusu keluar dari kawasan sekolah. Penghuni asrama pula berbondong-bondong ke asrama yang terletak di hadapan kawasan sekolah di Blok  Fitonnia.

                Muhammad sedang berjalan di koridor sambil turun dari satu anak tangga ke satu anak tangga dengan perlahan. Tidak jauh di belakang Muhammad, aku sedang mengekori senyap-senyap. Seketika hampir sampai ke kawasan parking motosikal para pelajar, Muhammad menoleh ke belakang seolah-olah dapat menghidu bau seseorang yang sedang mengekorinya. Aku pantas berdiri  di balik tiang batu sambil mengintip gerak-geri Muhammad. Bibirku berbisik halus, “Perlukah aku berjumpa dengan dia ataupun adakah  aku perlu pulang sahaja?”

                Suara Muhammad tiba-tiba kedengaran, “Tiada gunanya engkau bersembunyi. Tunjukkan diri engkau minah senget. Aku tahu engkau ada di balik tiang itu.”

                Mata aku membutang. Aku melangkah keluar dari tempat persembunyianku dan terus bertanya kepada Muhammad, “Bagaimana engkau tahu aku di sini? Maksud aku macam mana engkau tahu aku ekori kau? Dan Minah senget kau panggil aku Mat poyo?? Kau ni tiada budi bahasa sopan santun ke hah? Mak ayah aku bagi nama baik-baik untuk aku tau !” .

                Muhammad memandang sekilas wajah ku dari atas ke bawah. Sebelum dia kembali melangkah berjalan. “Persoalan itu tidak penting. Persoalan yang lebih penting, apa hajat kau ekori aku sampai ke sini? Panggilan tu sesuai untuk perempuan macam engkau. Engkau ingat aku tak nampak kau curi-curi pandang aku sebelum ni? Sebab tu aku panggil kau “Senget”..dah cepat cakap apa kau nak. Jangan buang masa aku” ujarnya kembali dengan wajahnya yang tidak pernah lekang dengan wajahnya yang serius dan muram.

                Aku mula mendekati Muhammad. Kemudian aku menghulurkan sekeping kertas kepadanya dan berkata “ Kau buatlah keputusan dulu lepas baca surat ni. Nanti kau bagitahu aku. Itu sahaja yang aku nak sampaikan”
                Muhammad kembali merenung wajahku. Tapi kali ini lebih lama. Aku mulai rasa janggal. Dia pantas mengambil surat dari tanganku sambil bertanya dengan nada yang lebih serius.

“Surat apa ni? Surat Cinta kau? Aku tak berminat. Tambah-tambah dengan kau ni..dah lah senget….”

                Lidah aku kelu seolah-olah terlekat pada lelangit. Selepas beberapa detik berjeda, Aku menjawab, “Engkau balik dan baca dulu. Nanti kau akan faham maksudku. Dan lagi satu jangan risau aku tak tertarik pun dengan orang yang misterius macam kau ni. Dah lah aku nak balik. Jumpa esok. Aku harap kau pertimbangkan permintaan aku tu Muhammad Hariez.”

                “Mad…panggil aku Mad ja. Bukan Mat poyo lagi.”

Langkahku terhenti. Aku kembali menoleh ke belakang .  “ MAD? Panggilan tu sesuai dengan karakter kau. Pandai kau pilih. Jawabku kembali sambil tersenyum sinis.


                                                            ~BERSAMBUNG~

No comments:

Post a Comment