Esoknya, di sekolah pada waktu rehat…..
Seluruh
langit kelam seolah-olah sedang bermuram durja. Seperti diriku yang berdebar
menanti keputusan Mat Poyo itu. Awan kelabu menghampar bayangan pada sekitar
rumput. Angin dingin bertiup laju, menggoncang pepohon mempelam di belakang
sekolah ke kiri dan ke kanan.
Aku sedang bersandar pada dinding di tempatku memerhati ke luar tingkap sambil memandang
horizon. Aku mula mengelamun. “Adakah dia sudah baca suratku itu? Adakah dia
akan menerima permintaanku?” bisik hati kecilku. Aku mengeluh. Muhammad tidak
ada di dalam kelas waktu itu. Dia sentiasa menghilang pada waktu rehat. Entah mengapa aku berdebar. Degupan jantungku
seolah-olah menginginkan jawapannya sekarang. Bunyi lonceng menghentikan
lamunanku seketika. Suara-suara yang
bergema telah menghilangkan suasana sepi di Kelas PUB Alpha.
Namun keriuhan itu sementara.
Kelas PUB Alpha kembali senyap sunyi setelah melihat kedatangan Cikgu Goh
. Para Pelajar sedang tekun menulis pada buku latihan. Di papan hitam
tertulis beberapa soalan Essay
English yang diberikan kepada kami.
Cikgu Goh yang berusia sekitar tiga puluhan itu kembali duduk ke tempatnya
sambil membuka kembali komputer ribanya.
Muhammad sedang mencatat sesuatu
pada sehelai kertas kecil. Sesekali wajah kemuramannya menampakkan dirinya
seolah-olah serius ketika menulis. Dia duduk di penghujung belakang kelas tanpa
rakan semeja. Setelah selesai menulis, Muhammad mencuit pelajar lelaki yang
duduk di hadapannya.
“Ada apa?” tanya Arif dengan nada
berbisik.
Muhammad menjawab, juga dengan
berbisik, “Tolong berikan nota ini kepada minah senget tu.” Muhammad
menghulurkan nota kecil berlipat dua kepada Arif.
“Minah senget? Siapa pulak?” ujar
Arif sambil mengerutkan dahinya.
“Oh! Lupa pulak aku. Maksud aku
perempuan yang duduk di tepi tingkap di hujung sana.”
Mata Arif membuntang. “Maksud
engkau Khadijah? Adakah engkau Gila? Bagaimana sekiranya Cikgu Goh dapat tahu?”.
“Jangan risau. Sekiranya aku
ditangkap, biar aku yang tanggung,” balas Muhammad.
Arif menghela nafas pendek.
“Yalah….” Arif mencapai nota dari tangan Muhammad. Kemudian, dia mencuit
pelajar lelaki di hadapannya dan membisikkan sesuatu sambil menunding-nunding
ke arah diriku.
Perlahan -lahan nota Muhammad
bergerak seperti baton sehingga akhirnya ia tiba di tanganku. Aku membuka
lipatan kertas itu dan membacanya sambil berkerut. Muhammad memerhatikan
gerak-geriku dengan wajahnya yang tidak pernah cuba untuk senyum kepada diriku.
“Assalammualaikum minah senget :P
surat darimu telah aku terima dan baca. Pertama, aku terkejut dan tidak ku
duga. Kedua, kau memang aneh. Ketiga otak kau memang senget.Pilihan jawapan kau
dari A ke D semuanya SETUJU, bagaimana aku hendak buat keputusan?? Dan yang terakhir aku nyatakan syaratku
setelah kita berjumpa nanti di belakang sekolah setelah tamat waktu sekolah. Tapi itu bukan bermaksud aku menerima
mentah-mentah permintaan engkau itu.. Dari Muhammad.”
Setelah selesai membaca, aku
menoleh ke arah Muhammad. Buat seketika, pandangan kami bertemu. Tanpa diduga.
Aku melemparkan senyuman kepada Muhammad.
Sebelum 15 minit waktu lonceng
tamat sekolah berbunyi. Cikgu Goh mengemas memasukkan komputer ribanya itu ke
dalam bag. Beliau kemudiannya berdiri sambil berkata “Student, are you already done your work? If you finish, please pass up
your book to class monitor. Understand?”
“Understand Sir !” suara pelajar
bergema..
Selepas tamat waktu sekolah, aku
pantas keluar dari kelas menuju ke belakang sekolah. Aku memerhatikan
sekeliling kawasan. Sesekali, leherku dipanjangkan, seolah-olah sedang mencari
bayangan Muhammad.
“Pasti engkau sedang mencari
Muhammad kan!” jerit zulaikha di gegendang telingaku.
Aku terkejut. Degupan jantungku
yang sudah debar menunggu kehadiran Muhammad di situ semakin memuncak dengan
jeritan Zulaikha yang muncul secara tiba-tiba di belakangku. “Huh…engkau ni ! Buat terkejut aku sahaja..macam
mana engkau tahu aku ada di sini?” ujar diriku yang tercungap-cungap sambil
menarik nafas.
“Biasalah. Aku kan Zulaikha. Aku
guna ilmu magic lah. Dalam bola magic aku tu dia beritahu aku engkau ada dekat
sini. Hmm tapi mana Muhammad? Bukan dia cakap nak jumpa engkau dekat sini kah?”
Jawab Zulaikha sambil tersenyum-senyum.
“Haha. Engkau ni tak habis-habis
dengan magic engkau tu. Itu lah tengok cerita anime banyak-banyak lagi. Muh..Muhammad?
eh mana engkau tahu aku nak jumpa dia dekat sini?”
“Aku nampak kau terburu-buru
keluar kelas. So aku ikut lah kau senyap-senyap. Jadi betullah? Engkau tunggu
Muhammad? Kau minat dekat mamat misterius tu kah?”
“Ohh…Hah? Minat? Mat Poyo tu?
Memang tak lah. Aku ada urusan dengan dia. Personal. Engkau balik lah dulu.
Nanti bila tiba masanya aku story
dekat engkau ok?”
“ Ececeh..yelah tu..hmmm
yalah..yalah..promise engkau akan
beritahu aku ok. Jangan lama-lama sangat nanti kena tangkap basah dengan Mat
Poyo tu baru engkau tahu. Baiklah. Jumpa esok”
Setelah beberapa minit berlalu,
Muhammad terpacak di penjuru tiang di belakang sekolah. Aku yang penat menanti
mula melangkah ke arahnya sambil berkata “Engkau pergi mana? Aku dah lama
menunggu engkau di sini. Tak punctual
betul engkau ni.”
Muhammad menoleh ke arahku.
Jaraknya hanya kurang sedepa dariku. “Panctual?
Ada aku cakap pukul berapa? Setahu aku, aku suruh engkau tunggu di belakang
sekolah sahaja lepas waktu sekolah. Kau faham maksud ‘menunggu’ ?” jawabnya dengan wajah yang serius seolah-olah
tiada rasa bersalah.
“Hmm..yalah. So, apa syarat kau
sebelum engkau terima permintaan aku tu?” ujar diriku.
Muhammad berjeda seketika sambil bebola matanya memandang tepat ke arah diriku.
Tapi kali ini dirinya tersenyum sinis. Suasana
dikuasai nyanyian unggas petang dan bunyi deruan angin yang berhembus
damai. Aku menanti bicara Muhammad dengan penuh berdebar. Akhirnya Muhammad
kembali bersuara.
“Aku suka pertanyaan engkau kali
ini. Direct to the point tanpa banyak
soal. Baiklah, syarat yang pertama apa
tujuan engkau suruh aku ajar bermain gitar? Kenapa engkau pilih aku? Kenapa tak
orang lain sahaja? Syarat yang kedua, kau mesti ada basic sebelum aku ajar
engkau main. Dan yang ketiga kau tidak boleh beritahu orang lain pasal hal ini.
Tiga syarat ini akan menjadi penentu aku sama ada aku akan mengajar engkau
ataupun tidak.”
“Ba..baiklah. Tiada masalah, aku setuju
dengan syarat engkau itu. Dan alasan kenapa aku suruh engkau ajar aku, engkau
akan tahu selepas aku berjaya kuasai basic
main gitar. Dan kau harus penuhi janji engkau untuk ajar aku sekiranya aku
lulus syarat engkau.” Balas diriku dengan nada yang serius ketika itu.
Pada malam itu, di dalam biliku,
Aku
duduk di mejanya sambil memandang ke luar jendela. Di atas meja terdapat komputer
riba yang terpampang laman sesawang Youtube dan di atas lantai sekeliling meja,
banyak gumpalan kertas yang tertulis chord lagu bertaburan seperti daun kering
di jalan sunyi. Wajahku muram, manakala bibirku kerap menghela keluh-kesah.
Aku
bangun dari kerusi dan menghempas tubuhnya di atas katil. Berkeriut katil besi
bersaiz bujang itu sebaik menampung diriku. Aku terbaring terlentang dan
merenung kipas yang berputar pantas. Bibirku mula berbicara, “Mungkin..aku
perlu menyerah sahaja, sudah berkali aku cuba..tapi aku masih tidak dapat
mendalaminya..”
Suasana
sepi seketika . Bunyi hayunan kipas berterusan menghambat lubang telingaku.
Sesekali terdengar bunyi deruan enjin kenderaan yang menerobos menerusi
jendela.
Tiba-tiba
wajah aku berubah. Keningku berkerut, manakala pandanganku tajam. Dengan penuh
bersemangat, aku berkata “Aku tidak
boleh menyerah! Demi dia aku akan belajar bermain gitar! Berusaha !”
Bagaikan
harimau menyambar rusa, aku pantas bangun dari katil dan menyerbu gitar acoustic yang berwarna coklat muda pemberian
arwah kepadaku. Entah mengapa setiap kali aku melihat gitar itu, hatiku
seolah-olah diselaputi kesakitan yang mendalam. Sudah berapa kali aku cuba
untuk tidak mengingati peristiwa itu namun ada sesuatu yang mula membangkitkan
semangat diriku dar dalam untuk terus mencuba bermain seperti dia.