Di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Onn ….
Kelas Pra-U Bawah Alpha senyap sunyi. Para Pelajar sedang
tekun menulis pada buku latihan. Pada papan tulis tercatat beberapa soalan
karangan yang diberikan kepada para pelajar. Seorang guru wanita berusia sekitar empat puluhan yang berpakaian baju
kurung berwarna biru muda sedang berdiri di hadapan kelas sambil memberikan penjelasan tentang
tugasan yang akan dilakukan.
Tatkala
itu, ketukan pintu kedengaran, semua pelajar yang sedang khusyuk menyalin
soalan di hadapan mengubah arah bebola mata ke hadapan pintu kelas. Aku yang tadinya penuh bersemangat tiba-tiba
menjadi semakin berdebar tatkala semua mula memandang ke arahku. “Ada apa?”
tanya guru tersebut.
“Assalammualaikum
cikgu, saya pelajar baru masuk harini , ini kelas PUB Alpha?” diriku menjawab. Guru tersebut kemudiannya
menyuruh diriku untuk masuk ke dalam salah sebuah kumpulan yang telah
dibahagikan oleh beliau. Beliau adalah guru yang mengajar subjek Pengajian Am.
Melalui pemerhatianku beliau seorang guru yang tegas dan aku menyangka bahawa
beliau merupakan seorang guru disiplin di sekolah itu kerana wajah beliau yang
penuh serius tanpa senyuman ketika itu. Dan beliau juga sempat memperkenalkan
namanya kepada pelajar yang baru masuk harini.
Di papan hitam tertulis huruf besar nama beliau iaitu “Pn. Mahani Johari”. Aku mendapat kumpulan
yang agak peramah ahlinya.
“Nama aku Uzair, di sebelah kiri ni pula Aisyah Rosli,
sebelah kanan aku ni syamin mukthar, di hadapan aku pula Amirul Arif” beritahu
uzair sambil memperkenalkan ahli yang lain kepadaku.
“Kamu pula nama siapa? Dari sekolah mana?” tanya Aisyah,
seorang gadis yang memakai cermin mata berbingkai hitam ku lihat cantik di
pandangan mataku.
“Hmm.. saya Khadijah, dari SMK Convent”
jawabku ringkas sambil tersenyum.
Setelah selesai mata pelajaran
Pengajian Am, aku kemudiannya mencari tempat duduk yang kosong. Aku duduk di
bahagian belakang di tepi tingkap. Di belakangku ada seorang pelajar lelaki.
Namanya Muaz. Seorang pelajar yang baru masuk pada hari yang sama denganku.
Muaz adalah pelajar yang pertama aku berkenalan di pejabat sewaktu aku
mendaftarkan diri sebagai pelajar baru di sekolah itu. Kebetulan dia juga
mengambil jurusan yang sama denganku iaitu jurusan kemanusiaan dan kami
mengambil subjek Bahasa Melayu. Dia lah satu-satunya pelajar di dalam kelas
yang aku beranikan diri untuk menutur bicara. Rupa-rupanya Muaz berasal dari
sekolah yang sama dengan pelajar baru di kelas sebelah yang aku temui di
pejabat sekolah iaitu Rabiatul Adawiyah yang memujuk aku pada mulanya untuk
mengambil subjek yang sama dengannya iaitu subjek Ekonomi.
Aku
kemudiannya menoleh ke hadapan kelas dan memerhati di sekeliling kelas,
memandang dan menilai setiap wajah-wajah yang bakal menjadi rakan seperjuangan
dan mungkin bergelar sahabat karib kepada diriku kelak. Tapi..entah mengapa aku
rasakan hati ini sayu rasanya sedangkan ku lihat keriangan dan gelak tawa
pelajar lain yang membuatkan kelas PUB Alpha seolah-olah seperti pesta. “Adakah
aku akan baik-baik sahaja di sini?” bisik hati kecil ku seolah-olah meminta
penjelasan yang tepat.
Setelah tamat kelas Sejarah
Tamadun Dunia. Aku kemudiannya mengeluarkan buku rujukan subjek Pengajian
Perniagaan. Seorang pelajar india mula mengorak langkah menghampir diriku.
Namanya Prasath Kandasamy. Seorang
pelajar lelaki kacukan india satu-satunya di kelas PUB Alpha. Hidungnya
yang mancung membuatkan wajahnya kelihatan tampan seperti hero Bollywood buat
gadis-gadis india yang melihatnya. “kamu ambil subjek Pengajian Perniagaan
sebagai subjek tambahan ka? Setahu aku tiada pula guru yang mengajar subjek ini
di sekolah ini.” tanya Prasath dengan ramahnya kepadaku.
“hmm..yaka? aku harap boleh lah ambik. Aku minat subjek ni
tapi kalau tiada rezeki nak buat macam mana kan?aku terima saja…” jawab ku
dengan selamba. Aku kemudiannya menghela nafas panjang…mula membayangkan apalah
nasibku sehingga tidak dapat menimba subjek yang pada mulanya menjadi pilihanku itu.
Aku kemudiannya berbual panjang
dengan pelajar india tersebut. Dia “menginterview”
diriku tanpa segan silu seolah-olah kami telah lama berkenalan. Dia menanyakan
tentang sekolah lamaku, keputusan peperiksaan SPM aku yang rupanya mengejutkan
dia, mungkin kerana menyangka aku tidaklah sebijak itu. Mana tidaknya muka aku
yang selamba dan poyo membuatkan sesiapa yang mendengarnya juga akan menyangka begitu. Pelbagai persoalan yang telah ku
jawab dan ada beberapa soalan yang aku tidak merungkaikannya dengan lebih
mendalam kerana bagiku agak terlalu cepat untuk berkongsinya dengan orang yang
baru ku kenali.
Aku
melihat kertas jadual kelas yang diberikan kepadaku oleh Guru Penyelia
Tingkatan Enam iaitu cikgu Azlina Kasim yang aku temui semasa ingin memilih
pakej subjek yang bakal aku pelajari di sekolah ini. Sekarang waktu PBS. Waktu
yang aku kira waktu persendirian buat pelajar-pelajar tingkatan enam. Ku lihat
kumpulan-kumpulan mula dibentuk seolah-olah seperti mensyuarat mahu diadakan.
Jadi aku mengambil waktu itu untuk menghilangkan kebosananku dengan “tidur” .
Ya berpura-pura tidur sambil memikirkan nasib ku di kelas itu. Pelbagai
persoalan yang sedang bermain di fikiranku seolah-olah aku menyesal
ditukarkan untuk bersekolah di situ.
Semasa aku bangun dari tidur..aku melihat wajah seorang pelajar lelaki yang
duduk di hadapan meja ku. Namanya Amirul atau panggilannya “Yun”. Itulah yang
aku dengar tatkala rakan-rakannya memanggil dirinya. Entah mengapa aku
tersenyum kecil tatkala mereka memanggil nama pangillan tersebut..hmmm mungkin
kerana rambutnya yang botak pada ketika itu. First impression aku terhadap
lelaki tersebut dia mungkin seorang yang samseng. Mungkin juga kerana wajahnya
yang agak serius tatkala matanya memandang ke arahku seolah-olah seperti tidak
puas hati dengan kehadiranku di kelas itu. Walaupun dia acap kali menoleh ke
arahku namun aku tidak berkesempatan untuk menegur dirinya dan pelajar-pelajar
yang lain di kelas itu. Mungkin kerana aku masih lagi “kurang biasa” dengan
situasi seperti itu kerana diriku sudah terbiasa berada di dalam persekitaran di mana semuanya
adalah pelajar wanita.
Kelas demi kelas berlalu, jam tanganku
menunjukkan sudah pukul 1.40 petang.
Saat-saat yang aku nantikan telah tiba. Waktu pulang semakin mendatangkan.
Mungkin kerana kebosanan membuatkan aku ingin cepat pulang ke rumah. Satu
kebiasaan yang bakal dihadapi buat pelajar baru di hari pertama seperti diriku.
Tatkala jam lonceng tamat waktu persekolahan berbunyi aku pantas mencapai bag
galasku keluar lebih pantas dari pelajar
yang lain keluar dari kelas tanpa menoleh ke arah belakang seolah-olah tidak
mempedulikan orang di sekitar diriku.
No comments:
Post a Comment